JASAMU TETAP KU KENANG



Comforter ni sis beli sempena nak kawin 10tahun lalu. Ingat lagi masa tu pergi shopping dengan my bff ke Midvalley, ada Home Expo tak silap. Angkut bedding set satu beg dengan bantal 2biji. Nak buat hias katil pelamin katakan. Penting taw bantal di katil pelamin ni. Jangan buat2 tak ambil tahu..huhu.

Back to now, selepas 10tahun comforter ni memberi servis kepada kami sekeluarga. Tahun ni dia dah start merajuk. Macam tahu2 je sis nak beli set baru.

Asalnya koyakan kecil je, di tambah lagi dengan kuasa sakti budak2 ni terus gedabak besarnya.
Dan disebabkan berlaku penampakan fiber di dalam, si baby builder suka la kutis2 acah2 keropok gitu..๐Ÿคจ Ada sekali tu dah hampir nak tercekik dah dia, cubaan nk menelan fiber..๐Ÿ˜‡

Sis dengan rasa penuh bertanggungjawab jahit ler tulang belut untuk menutup isi dalam. Dan selepas 2hari baru sis perasan dah terjahit sekali dengan mattress protector..๐Ÿ˜‚ Tak pasal2 kena tetas balik.

Jahitan sementara ni sempat la untuk cover sepurnama dua penggunaan. Kainnya yang kian mereput, memang menunggu  masa untuk bahagian2 lain turut fragile sekali.

Sis menahan sabar je la guna comforter ni. Alang2 menunggu bedding set DAGHOME yang bakal keluar tak lama lagi. Dengar cerita 700TC kali ni..๐Ÿคญ

So, korek tabung lah kita nak tukar bedding set baru bulan depan. Bukan takat bedding set kena tukar, katil tilam semua dah goyang tunggu masa je ni. Dah hampir sedekad berbakti pada keluarga kami. Dah sampai masa untuk mereka berehat..๐Ÿ˜Œ

#10yearsmilestone
#sentimentvalue
#thisiscomforter
#jeanperry350tc
#beddingset

Comments

  1. Kan kann tak sabarrr nk tnggu juga comforter DAGHOME ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TUTORIAL MEMBUNGKUS BANTAL

TOWEL HOTEL HILTON

DROPSHIPPER VS RESELLER?

TIPS PENJAGAAN BANTAL

BAGAIMANA BERNIAGA TANPA MODAL?

BANTAL DAG JENIS HCLASS

KUTU BANTAL