TUTORIAL MEMBUNGKUS BANTAL

Sebagai saudagar bantal, antara perkara yang pasti dilalui setiap reseller adalah mengepos bantal kepada customer2 dari jauh. Ramai yang tanya saya. Awat cantik sangat hang bungkuih bantal? Rajin  knor. Hahaha..sis tak suka tengok parcel herot petot. Alang2 nak balut buat macam balut hadiah.

Dan selama 3tahun membantal ni,  pelbagai teknik dan trick saya dah guna tuk membungkus. Ada yang ok ada yang kena upgrade. Ada jugak dah sampai pos ofis kena reject sebab tak guna plastik hitam/nampak isi kat dalam. Ada jugak time bungkus 4-5biji tengok2 pos tak lepas, kena kira volumetrik pulak. Mahal sangat caj. Boleh tercekik tengok resit. Caj pos lagi mahal dari harga  bantal.

Untuk memudahkan pelbagai pihak, saya simpulkan kaedah yg sesuai dengan caj pos paling minimum adalah menggunakan khidmat pos domestik. Murah tapi lambat sikit. Ala..takde la lambat sangat. Kalau kat SM ni hari ke3 dah boleh dapat. Kalau bertuah lagi hari ke2 da sampai. Garentee dalam seminggu. Cuma kalau ke SS mungkin boleh jadi 3-4minggu (sebulan), paling awal 2minggu.
Ini contoh bungkusan untuk 4biji bantal.
Ini contoh untuk 2biji dan 3biji. Pejabat pos Semenyih masih terima parcel putih cenggini.

Ni contoh 2biji dan 3biji. Pejabat Pos Bangi demand nak parcel hitam/tak nampak isi dalam. Oke kita hormat saranan mereka.

Jadi, macamana kita nak ikut sepesifikasi yang pos domestik/pos Malaysia ni sarankan. Saya ambil pendekatan untuk pilih jalan selamat dan relevan berdasarkan pengalaman2 reseller lain yang turut berurusan di pejabat pos kawasan masing2.

1. Tak banyak tak kurang, maksimum 3biji je ya satu parcel.
2. Sila la balut dengan plastik hitam dulu.

Cukup syarat 2 ni, pergi la mana2 pejabat pos. Diorang akan terima dengan hati terbuka. Jangan acah2 gertak staff pulak. Semalam saya pos 5biji kat *** lepas pulak. Kenapa sini tak lepas?
Ko jangan macam2. Esok diorang buat meeting tergempak, lagi strict syarat dia nanti. Jadi, untuk mengelakkan kejadian tidak di ingini, kita buat siap2 ikut spek yang semua branch akan terima.

Ini contoh cara membungkus 3biji Bantal untuk 1 parcel.

1. Sila beli plastik sampah hitam yang besar dan tebal. Saiz yang saya guna ni adalah 32” x 40”. Muat untuk 4biji bantal biasa atau 5biji bantal compress.
2. Bentangkan dulu tanpa buka lipatan. Terus selotep salah satu tepi supaya ruang bukaan di dalam menjadi kecil sedikit. Jika tak selotep, bantal akan muat dalam 4-5biji. Elakkan hungkusan lebih dati 3biji. Nanti ada sesetengah pos ofis tak terima atau  kiraan volumetrik akapn diguna pakai.


3. Masukkan bantal satu per satu. Sambil compress sambil tolak masuk. Atau pandai2 la sumbat masuk..huhu

4. Seal ketat2.
5. Lepas seal bahagian atas. Baringkan dan saletop perut bantal. Ini untuk mengelakkan bantal tadi mengembang dan tendang balik selotep yang kita buat pada langkah no.2.

6. Tadaa..ini rupa mereka bila dah siap tutup pintu atas dan perut. Ok, tak abis lagi ni. Next kita kena  balut selapis lagi dengan plastik lain untuk cover plastik hitam ni dari  terkoyak semasa kita handle atau ketika pihak pos yang handle.
7. Recycle balik plastik bantal yang besar tu. Bentangkan dan potong seluruh bahagian tepi. Nanti kita akan dapat 2keping plastik..
8. Lekatkan hujung plastik putih pada bungkusan. Untuk elak allignment lari..huhu
9. Gelekkan bantal tu sampai hujung plastik putih. Lepas tu seal ketat2. Settle.
10. Kalau plastik putih tu tak cukup nk finishing bahagian atas/pintu. Jangan risau. Potong sedikit plastik, muat2 kawasan yang tak cover then selotepkan.
10. Tadaa. Ini la hasilnya bila dah tutup semua pintu. Make sure cover semua bahgian. Incase  air boleh masuk, kita takmau.
11. Jangan lupa masukkan plastik sebelum kita seal. Parcel ni saya nak pos ke ejen di Sabah. Jadi saya masukkan 3kpg plastik sesiap kat tepi tu. Tak perlu la nk bukak parcel lain srmata2 nak  ambil plastik je.
12. Haa..gini penampakan dia dari luar.
13. Sambung selotep ikut atah diagonal pulak. 
14. Tarik turun ke tepi macam ni. Keliling sampai jumpa balik punca yg mula2 tadi.

Tadaa!!! Dah siap

Camana? Boleh follow tak cara kaksera ajar ni? 
Alahh..nampak je renyah tapi senang je. Cer cuba buat dulu. Nanti share dengan akak ya..bye!

Comments

Popular posts from this blog

TOWEL HOTEL HILTON

DROPSHIPPER VS RESELLER?

TIPS PENJAGAAN BANTAL

BAGAIMANA BERNIAGA TANPA MODAL?

BANTAL DAG JENIS HCLASS

KUTU BANTAL